Wednesday, October 29, 2008

kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma

Assalammualaikum ,

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.

Wassalam..

Tuesday, October 28, 2008

Siapakah dibelakang Syarikat Score A Programme

Salam sejahtera,

Saya pasti anda sudah mendapat sedikit maklumat mengenai Score
A Programme
. Pada masa kini, syarikat yang mengeluarkan Score A
Programme amat rancak dan aktif memperkenalkan Score A Programme
melalui acara- acara yang dilakukan melalui sesi penerangan di
seluruh negara. Kenshido International adalah syarikat yang telah
mengeluarkan score A Programme. Ianya bukanlah syarikat luar negara
tetapi adalah sebuah syarikat tempatan yang menjadikan produk
pendidikan adalah produk utamanya. Individu-individu yang menjadi
tulang belakang kepada syarikat ini ialah:

Puan Norlia Ahmad - telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal
Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan
kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja
dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana
Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas,
telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan
Syarikat ini.


Dato' Ghazali Bin Uda Umar - merupakan seorang pendidik yang
berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan.
Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari
University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan
seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan
pemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of
London.Dalam bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang
beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di
Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di
Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di
Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan
Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi
Sururhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Jason Kok- Seorang juruaudit bertauliah, Jason telah mendapat
pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution di Ipoh. Beliau
telah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja bergelar
graduan, dan dalam tahun 1985 telah berhenti untuk menyertai sebuah
bank saudagar. Dalam tahun 1988, beliau meninggalkan sektor koperat
dan melibatkan diri sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkaikerja.

Mereka diatas adalah individu- individu yang terbabit menggunakan
pengalaman luas mereka di bidang pendidikan dan diadaptasi kepada
bidang perniagaan. Disamping memenuhi keperluan pelajar- pelajar di
Malaysia, ianya juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber
pendapatan di Malaysia.

Salam ihklas.

Monday, October 27, 2008

Minyak Pelincir Hai-O JTX 600





















Diperkuat dengan Minyak Konsentrasi Hai-O JTX 5000.
Menjadikan enjin mudah dihidupkan, mengekalkan kuasa enjin, perlindungan maksimum terhadap geseran, menjimatkan petrol dan kos penyelenggaraan.
untuk keterangan lebih lanjut

Wednesday, October 22, 2008

10 PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN UNTUK ANAK-ANAK

JANGAN PANIK
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia
mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari
selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


KAJIAN TERHADAP TOPIK DAN PEMETAAN MAKLUMAT
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak
memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami
sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting
yang berkaitan.


SEMAK SOALAN TAHUN LALU (SETIAP SUBJEK)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu
menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar
dalam setiap peperiksaan.


BANYAKKAN PEMBELAJARAN SECARA OUTPUT LEARNING
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran
secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda
kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat
membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


MEMPERBANYAKKAN LATIH TUBI DAN UJIAN SIMULASI
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu
subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan
tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek
yang lemah.


NOTA RINGKAS
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke
mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di
waktu terluang.


PASTIKAN MENDAPAT TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat
cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi
memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh
menghasilkan otak yang cerdas.


PEMAKANAN BERKHASIAT DAN SEIMBANG
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein
kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


KAWAL EMOSI
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat
ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan
menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan
rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan
ketika menjawab soalan kelak.


BANYAKKAN BERDOA DAN BERSOLAT
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada
berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu
memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon
bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon
keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Khasiat Buah Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.

Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Monday, October 20, 2008

Untuk lebih khusyuk dalam solat!!

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu.. namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.... ampunkan dosaku.. terimalah taubatku... kami lah hamba yang mengharap belas darimu."

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .. dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh

1. Percaya pada pasangan
2. Setia walaupun jauh
3. Berjumpalah walaupun seketika
4. Tanyalah khabar
5. Sambut hari ulang tahun bersama
6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

untuk melebihi lebih lanjut klik disini