Wednesday, October 29, 2008

kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma

Assalammualaikum ,

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.

Wassalam..

Tuesday, October 28, 2008

Siapakah dibelakang Syarikat Score A Programme

Salam sejahtera,

Saya pasti anda sudah mendapat sedikit maklumat mengenai Score
A Programme
. Pada masa kini, syarikat yang mengeluarkan Score A
Programme amat rancak dan aktif memperkenalkan Score A Programme
melalui acara- acara yang dilakukan melalui sesi penerangan di
seluruh negara. Kenshido International adalah syarikat yang telah
mengeluarkan score A Programme. Ianya bukanlah syarikat luar negara
tetapi adalah sebuah syarikat tempatan yang menjadikan produk
pendidikan adalah produk utamanya. Individu-individu yang menjadi
tulang belakang kepada syarikat ini ialah:

Puan Norlia Ahmad - telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal
Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan
kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja
dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana
Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas,
telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan
Syarikat ini.


Dato' Ghazali Bin Uda Umar - merupakan seorang pendidik yang
berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan.
Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari
University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan
seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan
pemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of
London.Dalam bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang
beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di
Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di
Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di
Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan
Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi
Sururhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Jason Kok- Seorang juruaudit bertauliah, Jason telah mendapat
pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution di Ipoh. Beliau
telah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja bergelar
graduan, dan dalam tahun 1985 telah berhenti untuk menyertai sebuah
bank saudagar. Dalam tahun 1988, beliau meninggalkan sektor koperat
dan melibatkan diri sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkaikerja.

Mereka diatas adalah individu- individu yang terbabit menggunakan
pengalaman luas mereka di bidang pendidikan dan diadaptasi kepada
bidang perniagaan. Disamping memenuhi keperluan pelajar- pelajar di
Malaysia, ianya juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber
pendapatan di Malaysia.

Salam ihklas.

Monday, October 27, 2008

Minyak Pelincir Hai-O JTX 600





















Diperkuat dengan Minyak Konsentrasi Hai-O JTX 5000.
Menjadikan enjin mudah dihidupkan, mengekalkan kuasa enjin, perlindungan maksimum terhadap geseran, menjimatkan petrol dan kos penyelenggaraan.
untuk keterangan lebih lanjut

Wednesday, October 22, 2008

10 PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN UNTUK ANAK-ANAK

JANGAN PANIK
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia
mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari
selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


KAJIAN TERHADAP TOPIK DAN PEMETAAN MAKLUMAT
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak
memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami
sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting
yang berkaitan.


SEMAK SOALAN TAHUN LALU (SETIAP SUBJEK)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu
menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar
dalam setiap peperiksaan.


BANYAKKAN PEMBELAJARAN SECARA OUTPUT LEARNING
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran
secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda
kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat
membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


MEMPERBANYAKKAN LATIH TUBI DAN UJIAN SIMULASI
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu
subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan
tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek
yang lemah.


NOTA RINGKAS
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke
mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di
waktu terluang.


PASTIKAN MENDAPAT TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat
cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi
memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh
menghasilkan otak yang cerdas.


PEMAKANAN BERKHASIAT DAN SEIMBANG
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein
kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


KAWAL EMOSI
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat
ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan
menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan
rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan
ketika menjawab soalan kelak.


BANYAKKAN BERDOA DAN BERSOLAT
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada
berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu
memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon
bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon
keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Khasiat Buah Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.

Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Monday, October 20, 2008

Untuk lebih khusyuk dalam solat!!

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu.. namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.... ampunkan dosaku.. terimalah taubatku... kami lah hamba yang mengharap belas darimu."

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .. dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh

1. Percaya pada pasangan
2. Setia walaupun jauh
3. Berjumpalah walaupun seketika
4. Tanyalah khabar
5. Sambut hari ulang tahun bersama
6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

untuk melebihi lebih lanjut klik disini

40 kesilapan mendidik anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Alitidak,

Sunday, September 21, 2008

Eksiden

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah,"
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!…
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!…
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Monday, August 18, 2008

proton city



ini pun sama



dan lagi



beramai-ramai berkumpul


Sunday, August 17, 2008

Dr. Fadzilah pecah rekod dunia rakaman

Oleh NAZERI NONG SAMAH - Utusan Online

PENCERAMAH motivasi terkenal Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah (DMFK) memecah rekod dunia album tempatan apabila rakaman 10 buah kaset ceramah motivasinya telah dilancarkan serentak di ibu negara baru-baru ini.

Kehebatan Dr. Fadzilah selaku Pengarah Urusan Exel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd., itu bukan sahaja terletak pada ceramah motivasinya yang amat berguna kepada rangsangan positif emosi dan minda masyarakat.

Malah pengeluaran 10 buah kaset serentak itu juga tidak pernah dilakukan oleh mana-mana artis mahupun pakar motivasi di dunia.

Kesemua 10 judul kaset motivasi DMFK itu ialah Langkah Bijak Usahawan Terbilang, Mengenal Peribadi Anda Yang Sebenar, Menangani Masalah Anak Dengan Petua Dan Doa, 99 Langkah Bijak Orang Cemerlang dan 21 Kaedah Mendidik Anak Yang Cemerlang.

Selain itu Menerobos Sempadan Diri, 13 Petua Berkomunikasi Dengan Anak, Menangani Orang Yang Bermasalah, Menempuh Gerbang Perkahwinan dan Petua Pelajar Cemerlang.

"Saya amat bersyukur dengan kejayaan membuat rakaman itu kerana percaya bahawa ilmu yang dikurniakan oleh Allah wajar disebarkan supaya dapat dimanfaatkan bersama dengan orang lain bagi membina bangsa yang berjaya," katanya pada pelancaran kaset itu di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, beliau juga turut melakukan pelbagai sembahyang sunat dan doa agar usaha murni yang dilakukannya itu mendapat keberkatan oleh Allah dan dijauhi daripada sifat riak.

Rakaman ceramah motivasi yang dibuat di Studio Synchrosound itu terjamin kualitinya, apatah lagi di belakang tabir produksi tersebut ialah Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd., Waharp Yusof yang berpengalaman luas di dalam industri rakaman dan pernah berkhidmat dengan EMI sekitar tahun 1980-an dahulu.

Ternyata apabila mendengar siri kaset DMFK itu telah memberi banyak inspirasi sekali gus ia wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan pelajar.

Penceramahnya Dr. Fadzilah mempunyai sejarah menarik yang tersendiri untuk menjadi insan yang berjaya kerana ilham motivasi ke arah itu diperolehi sejak kecil lagi.

Beliau mendapat ilham untuk menjadi insan yang berjaya dan ingin keluar daripada kepompong kesusahan hidup dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa patuh kepada perintah Allah.

Ilham itu diperoleh ketika sedang mengayuh basikal bagi menghantar bekalan makanan untuk bapanya yang bekerja sebagai tukang kebun sebuah sekolah di Klang, Selangor.

Dr. Fadzilah merupakan murid yang pintar sejak di bangku sekolah rendah lagi, terutama dalam mata pelajaran Matematik kerana rajin menghafal sifir.

Beliau percaya bahawa kaedah latih tubi atau berulang-ulang adalah antara petua untuk menguasai sesuatu ilmu.

"Jadi saya percaya bagi mereka yang mendengar ceramah motivasi ini secara berulang-ulang, mudah-mudahan mereka akan dapat memahami dan memperoleh ilmu sebagai pedoman hidup," katanya yang berasal dari Sungai Pinang, Klang.

Beliau memberi jaminan bahawa mendengar kaset motivasi DMFK itu akan mendapat kepuasan kerana ia turut diselang seli dengan kreativiti yang boleh menghiburkan pendengar.

Menurut Dr. Fadzilah, apa salahnya sesekali keluarkan belanja untuk membeli kaset yang mengandungi ilmu pengetahuan, selain berhibur dengan lagu-lagu artis popular.



.........dipetik dari DMFK

Monday, August 11, 2008

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Latar belakang kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. Pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Membantu keluarga Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. Mula berniaga Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori. Menubuhkan syarikat Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Perniagaan terus berkembang Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi. Strategi tersendiri Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah. Perniagaan pakaian Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport. Perniagaan perkapalan Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development. Penglibatan dalam projek penswastaan Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kem-bangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus. Kepentingan Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku. Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu ba-hagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.


This article comes from PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
http://www.pts.com.my

Sunday, August 3, 2008

dpetik dari harian metro

Terengganu himpun monumen Islam


TIDAK perlu terbang ke India untuk melihat bukti cinta Shah Jahan di Agra, India atau kembara ke Istanbul, Turki untuk melihat kehalusan seni bina Kompleks Suleyman.

Juga tidak perlu memendam rasa untuk melihat Kubah As-Sakhra di wilayah bergolak Palestin.

Semuanya kini dipaparkan untuk tatapan pengunjung Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu sebagai tarikan pelancongan terbaru Bandaraya Warisan Persisir Air itu.

Bezanya, 21 monumen kegemilangan Islam itu 'dipersembahkan' dalam bentuk replika dalam skala 1:8 dalam taman yang dibangunkan dalam kos RM249.3 juta itu. Bahan dan perincian diutamakan dalam aspek pembinaan bagi memastikan ia 'menyalin' wajah monumen sebenar.

Taman tema menggabungkan ciri keindahan alam semula jadi dan seni bina termasuk pembinaan Masjid Kristal dan pusat konvensyen yang mula dibina pada Mac 2005 dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

Keindahan Masjid Nabawi, keagungan Taj Mahal atau kehebatan seni bina Alhambra mungkin sudah biasa kita dengar, tetapi 11 monumen berikut mempunyai kisah kegemilangan tersendiri.



MASJID SULEYMAN, Turki

Menjadi binaan tercantik ketika zamannya, Masjid Suleyman di Istanbul dibina antara 1550 dan 1157 Masihi. Reka bentuk kubah dan empat menara 'kurus' menjulang ke langit adalah ilham arkitek agung ketika zaman kegemilangan Empayar Ottoman, Sinan.

Dibina di puncak bukit, di dalamnya, mihrab dan mimbarnya diperbuat daripada marmar putih berukir dan cermin berwarna menyaring pancaran matahari.

Di taman ini, Suleyman dan isterinya membina musolla manakala Sinan membina makam untuknya. Kompleks masjid ini turut menempatkan empat madrasah, sekolah perubatan, rumah mandi Turki, dapur dan pusat perlindungan untuk pesakit.



MASJID XIAN, China

Masjid dengan seni bina Islam dan tradisional China ini dikatakan dibina oleh Laksamana Cheng Ho ketika zaman pemerintahan Dinasti Ming di China. Ia menjadi masjid tertua, terbesar dan paling terpelihara menjadi bukti penyebaran Islam di negara itu.

Bagaimanapun, replika yang dibina di Taman Tamadun Islam ini adalah menara di tengah kawasan Masjid Besar Xian. Seni binanya seakan pagoda atau tokong Buddha tetapi kedudukannya dibina menghadap kiblat.



MENARA KALYAN, Uzbekistan

Menara ini dibina kali kedua oleh Arshad Khan pada 1127 Masihi. Menara pertama runtuh akibat asasnya yang tidak sempurna. Menara yang pernah menjadi rumah api dan menara tinjau untuk mengelak serangan musuh ini binaan terbaik pada zaman berkenaan.

Menara Kalyan adalah contoh binaan kejuruteraan dan reka bentuk kegemilangan Islam dengan ketinggian 48 meter (m). Tarikan utamanya terletak pada menara seakan berpusing dari tapak ke puncak.



MASJID KUDUS MINAR, Indonesia

Batu pertama membina masjid di Jawa Tengah ini dikatakan diambil dari Baitul Maqdis. Tetapi ramai mengatakan masjid dengan gabungan seni bina antara Hindu dan Islam ini dibina menggunakan batu dari gunung berapi.

Selain binaan mirip candi yang menjadi identiti masjid ini, ia mempunyai lima tiang besar diperbuat daripada kayu jati dan 10 pintu masuk utama. Kolam mengambil wuduk berbentuk 'padasan' dikatakan peninggalan zaman purba.



MASJID BADSHAHI, Pakistan

Masjid ini dibina pada 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir ketika zaman kegemilangan kerajaan Mongol. Ciri utama bangunan ini adalah pintu masuk yang dibina mengikut cara Mongol, menara bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.

Masjid ini adalah masjid kedua terbesar di Pakistan selepas Masjid Faisal di Islamabad, boleh memuatkan sehingga 65,000 jemaah pada satu-satu masa.





MASJID MOHAMMAD ALI, Mesir

Arkitek berbangsa Turki, Yousf Boushnaq bertanggungjawab mereka bentuk bangunan untuk Mohamed Ali, pemerintah Mesir dari 1805 sehingga 1849 Masihi.

Pelannya berdasarkan Masjid Sultan Ahmed di Istanbul. Ia turut dikenali Masjid Pualam berikutan marmar putih yang bersinar menghiasi dinding luar dan dalamnya.



MASJID BESAR SAMARRA, Iraq

Masjid Besar Samarra dibina pada 842 masihi ketika pemerintahan Khalifah Abbasiyyah. Ia dibina di Kota Samarra yang menjadi antara empat kota suci Iraq dan dianggap kota lama terbesar dunia.

Ketika kurun ke-9, ia menjadi masjid terbesar boleh menempatkan sehingga 80,000 jemaah. Replika yang dibina di Taman Tamadun Islam ini adalah menara berpusing - Menara Malwira - di utara Masjid Besar Samarra.



MASJID BESAR QAIRAWAN, Tunisia

Dibina Uqba bin Nafi pada 670 Masihi, ia menjadi pusat Islam tertua di Tunisia. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri persaudaraan dan keikhlasan. Bangunan ini menjadi pusat kepada aktiviti dan permasalahan pemerintahan, pembelajaran dan ketenteraan.



ALHAMBRA, Granada, Sepanyol

Kota Alhambra adalah kubu dan istana kesultanan Moorish. Ia bermula dengan masjid yang dibina pada zaman pemerintahan awal Islam di Sepanyol. Antara 1283 dan 1354 Masihi, istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini yang menjadikannya antara kesan peninggalan sejarah tercantik.

Alhambra mempunyai empat pintu masuk utama dan dilengkapi dengan beberapa dewan besar di beberapa bahagian. Dindingnya diukir dengan seni kaligrafi memuji kebesaran Allah.



MASJID BESAR AGADEZ, Nigeria

Masjid di daerah Air Massif di tengah Nigeria ini dibina pada kurun ke-16 ketika zaman pemerintahan Agadez. Hanya lumpur dan kayu digunakan untuk membina masjid ini, bahan binaan lazim untuk kebanyakan bangunan lama di benua Afrika.

Perancah kayu yang dipasang di keliling menara ini membolehkan kerja penyelenggaraan dijalankan dan mengelakkan bangunan ini daripada runtuh. Hari ini, kaedah sama masih diamalkan untuk memulihara bangunan berkenaan.



MAKAM ABU NASR, Afghanistan

Terletak di tengah Balkh central Park ini dibina bagi mengabadikan jasa dan ketua tokoh agama terkenal di Herat, Afghanistan iaitu Khawaja Abu Nasr Parsa. Ciri paling menarik adalah dua tiang berpusing di hadapannya dengan dinding, kubah, menara dan kaligrafi yang diperbuat daripada mozek biru.



INFO



MONUMEN UTAMA TTI

>Masjid Negara, Malaysia

>Masjid Nabawi, Madinah

>Masjid Kudus Mina, Indonesia

>Masjid Pusat Petani, Thailand

>Menara Kalyan, Uzbekistan

>Masjid Abu Nasr Pasra, Afghanistan

>Masjid Sheikh Lutfalla, Iran

>Masjid Besar Samarra, Iraq

>Masjid Mohamed Ali, Mesir

>Tugu Kompleks Suleyman, Turki

>Masjid Badshahi, Pakistan

>Masjid Besar Agadez, Nigeria

>Masjid Alepo Citadel, Syria

>Masjid Kul Sharif Tatarstan, Russia

>Masjid Xian di China

Wednesday, July 30, 2008

IPP dan TNB

Apa khabar hari ini? Seronok dapat
beremel lagi hari ini. Semoga didoakan
sihat dan gembira selalu.

hai,

Saya nak kongsikan petikan akhbar ini
saya ambil dari Utusan Malaysia bertarikh
16 April 2006.

Ia berita mengenai IPP dan TNB. Sila
baca petikannya di bawah ini:


Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 April 2006- Sebuah syarikat
penjana tenaga bebas (IPP) yang menikmati
subsidi diesel dari Petronas, mengemukakan
permohonan tambahan subsidi daripada syarikat
minyak nasional itu.

Sumber-sumber industri berkata, syarikat IPP
tersebut kini menikmati harga subsidi kira-kira
RM6.40 seliter berbanding harga asas sebanyak
RM18.40 seliter.

"Baru-baru ini, syarikat IPP itu telah mengemukakan
permintaan kepada Petronas untuk menambah
lagi subsidi sebanyak RM1 menjadi RM5.40 seliter."

"Permohonan itu telah dikemukakan kepada
pihak berkuasa. Petronas, bagaimanapun menolaknya,''
kata sumber itu lagi.

Menurutnya, alasan penolakan Petronas berkait
rapat dengan fakta bahawa IPP berkenaan sudah pun
mengaut keuntungan besar hasil daripada pemberian
subsidi yang dimeterai antara 1996 dan 1997.

Katanya, pemberian asal subsidi tersebut mungkin
disebabkan kerajaan melihat perlunya insentif
disediakan untuk menarik sektor swasta melabur
dalam sektor tenaga, berikutan kedudukan kewangan
TNB yang lemah pada 1992.

"Kemasukan sektor swasta dan mewujudkan IPP
memerlukan pelaburan besar, maka kaedah pemberian
subsidi dibenarkan oleh kerajaan ketika itu,'' katanya.

Ditanya mengapa Petronas tidak menarik balik
pemberian subsidi apabila IPP itu mengaut keuntungan,
sumber berkata, ia terkandung dalam perjanjian kontrak.

"Hanya pihak berkuasa sahaja, bukan Petronas yang
berupaya menamatkan kontrak pemberian subsidi,''
katanya.

Beliau mengulas kedudukan kewangan TNB yang
meruncing disebabkan tanggungan yang membebankan
ke atas IPP kerana TNB terpaksa membayar lebih
RM4 bilion setahun kepada IPP tanpa mengira
sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya
atau tidak.

Pada masa ini, sembilan IPP bernaung di bawah
lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation,
Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan
Genting Sanyen.

Yang benar,


Zaki
CEO AlatPenjimatan.com
019-2626 101


P.S: Saya ada cara untuk anda berjimat setiap bulan.
Tapi tak dijamin kalau tawaran promosi ini ditutup
pada bila-bila masa. Saya boleh meletakkan harga
yang lebih tinggi kalau saya mahu kerana buat masa
ini saya beri potongan RM51 setiap unit. Tawaran
istimewa ini sangat terhad!

P.P.S: Anda jangan bertangguh lagi kerana semakin
anda bertangguh semakin banyaklah wang yang
anda bazirkan. Belanjakanlah wang lebihan
untuk perkara lain yang lebih penting. Apa tunggu lagi!
Masih tidak yakin walaupun ada Jaminan Wang
Dikembalikan 6 BULAN?


Klik di sini

-------------------------------------------------------

hai,

Jangan membazir lagi. Jadilah Pengguna Bijak!
Saya ada tips jimat elektrik?

* Senang dipasang. Plugkan saja ke soket.
Tak perlu pengubahsuaian pendawaian elektrik.
Tak perlu upah 'Technician'. Oleh itu jimat belanja anda!

* Ia memang sah di sisi undang-undang kerana ini
bukan curi letrik atau ubahsuai meter! Ada pengesahan
dari Jabatan Bekalan Elektrik (JBE ) atau Suruhanjaya
Tenaga (ST). Ia juga telah diuji di SIRIM.

* Anda tak rugi apa-apa kerana ada banyak
jaminan saya berikan. Jaminan 'manufacturing defects'
selama 12 bulan. Jaminan Wang dikembalikan pula
selama 6 BULAN. Pulangkan alat ini kepada saya
jika tiada apa-apa perubahan pada bil elektrik anda
dan saya akan pulangkan duit anda semula!

* Alat ini tahan lama sehingga 5 tahun. Bayangkan
penjimatan setiap bulan yang anda dapat selepas ini!
Anda dapat jimat bil elektrik anda sehingga 30%.

* Secara teknikalnya alat ini mampu menjimatkan
melalui kaedah meningkatkan peratusan Power Factor.
Kaedah inilah seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya
Tenaga.

Lawati sekarang!
Klik di sini

---------------------------------------------------------------
PELUANG BUAT DUIT!

anda nak buat duit?
Sertai program affiliate kami. Komisen lumayan!






=============================
Boleh sebarkan maklumat ini asal anda
tidak mengubah kandungan asalnya.
=============================



This message was sent by:
Zaki @ LiveWEBS Network Technology
1-11A, Jalan Indah 3/2, Puchong Indah Selangor 47100 Malaysia.

tambah trafik ke blog

Assalamualaikum…Jika anda seorang blogger , trafik amat penting untuk memastikan blog anda terus mekar diarena internet.So cara paling senang untuk mendapatkan backlink atau pelawat copy url dibawah dan post dalam blog anda.Senang bukan…jom copy.

BEGIN LIST

1. The Linkback Project
2. All About Crime
3. Foolsville
4. Guy Vestal
5. SunEGrl Loves To Shop
6. Great Ways to Make Money Online
7. Shabam Development
8. CoffeeCoffeeCoffee~the blog
9. Kinky Personification
10. Da Kinky Kid Speaks
11. Josh Ottley Dot Com
12. Cebu Entrepreneur
13. Random Detoxification
14. PoeARTica
15. CoolAdzine for Marketers
16. Best Blog in the Universe
17. Ctrl + Alt + Delete : Personal random journal and reviews
18. the blog lab
19. Bradley Hankins
20. The Radical Blog
21. Get Rich Quick !? Really ??
22. Musikalye - Music is a two-way street
23. Planeta Turismo Activo
24. Swollen Pickles
25. EZ RICH PROJECT
26. ULUPONGDOTCOM
27. Picture to People
28. Your Fun Family
29. Mob Me
30. Healthy Moola
31. Champagne Dreams
32. David Rader
33. Gossip Girls
34. Before I am Famous
35. SUPLADO Online Reviews
36. Salsa Faith
37. BigMoneyList
38. Emmsy’s Stuff
39. That Blog 4 Me
40. Hey Just Blog
41. A little bit of THIS & THAT
42. Poker Forums
43. Blogging Tips
44. Journal of Journey
45. Hypn.za.net
46. Download Applications, Themes for Smart Phones
47. Memory This
48. Make Money Online from Earth
49. Dare to be Rare
50. Your One Stop Information Center
51. Reality of Legal World
52. Nita’s Random Thoughts
53. Nita’s Corner
54. Great Finds and Deals
55. Thomas Travel Tales
56. Filipino Online Community
57. Batuananons
58. My Wandering Thoughts
59. Erlinda’s Wandering Thoughts
60 Thomas Web Links
61. Aeropama Dot Com
62. Nita’s Ramblings
63. Junior IM Dot Com
64. Internet Marketing Expose
65. Hasbullah Pit
66. Tangan Yang Menghayun Buaian
67. Jejak Sahabat SMSP
68. Blog Sempoi
69. More Cowbell!
70. Blog Anak Raja
71. Malaysian Digest
72. Encik Beliau : Interesting Tips
73. Ariyako `news of software, hardware, technology, tips and tricks”
74. Techno Zone
75. Hidup Biar Sedap
76. Inside Of Nasz
77. Blog Farahaznil
78. Mezain
79. Simply ONE Saffawati
80. Suara Dari Keyboard Daddy
81. 24 Patrol
82. Artikel Komputer & Internet
83. Your Next
-END LIST-

Atau anda boleh copy ini.List ini saya ambil dari blog earcent :

BEGIN LIST

1. The Linkback Project
2. All About Crime
3. Foolsville
4. Guy Vestal
5. SunEGrl Loves To Shop
6. Great Ways to Make Money Online
7. Shabam Development
8. CoffeeCoffeeCoffee~the blog
9. Kinky Personification
10. Da Kinky Kid Speaks
11. Josh Ottley Dot Com
12. Cebu Entrepreneur
13. Random Detoxification
14. PoeARTica
15. CoolAdzine for Marketers
16. Best Blog in the Universe
17. Ctrl + Alt + Delete : Personal random journal and reviews
18. the blog lab
19. Bradley Hankins
20. The Radical Blog
21. Get Rich Quick !? Really ??
22. Musikalye - Music is a two-way street
23. Planeta Turismo Activo
24. Swollen Pickles
25. EZ RICH PROJECT
26. ULUPONGDOTCOM
27. Picture to People
28. Your Fun Family
29. Mob Me
30. Healthy Moola
31. Champagne Dreams
32. David Rader
33. Gossip Girls
34. Before I am Famous
35. SUPLADO Online Reviews
36. Salsa Faith
37. BigMoneyList
38. Emmsy’s Stuff
39. That Blog 4 Me
40. Hey Just Blog
41. A little bit of THIS & THAT
42. Poker Forums
43. BloggingTips
44. Make Money Online from Earth
45. Artikel Komputer & Internet
46. YOUR NEXT

Mencari Produk Menguntungkan Untuk Dijual

Salam hormat ,

Masihkah anda mengingati saya ? Owner
iaitu Mohd Amirol. ;-)

saya ada memberi informasi berkaitan Mencari
Produk Menguntungkan Untuk Dijual menerusi internet.

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, anda
boleh mendapatkan produk yang mempunyai Lesen jual semula samada
MRR, RR, PLR atau Rebranding Right daripada pembekal dan menjualnya
mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kali ini saya akan berkongsi pula tips bagaimana untuk membinaproduk ebook sendiri hasil daripada kepakaran atau pengalaman
anda dalam sesuatu bidang.

Pertama sekali, anda harus mendalami kebolehan dan
kepakaran yang ada dalam diri anda. Sebagai contoh,
anda mempunyai kepakaran dalam membaik pulih motorsikal.
anda boleh menggunakan kepakaran tersebut dengan membuat
satu ebook tentang perihal motorsikal umpamanya masalah - masalah
kerosakan lazim yang dihadapi oleh pengguna motorsikal.

Bentangkan masalah - masalah yang dihadapi dan kemudian tunjukkan
jalan penyelesaian.

Atau mungkin anda seorang kakitangan bank. anda
boleh menulis satu ebook yang menerangkan procedur - procedur
bagaimana untuk buat loan (pinjaman). Kerana saya pasti ramai
orang diluar sana yang tidak tahu bagaimana untuk membuat loan.
Kiranya ini adalah umpama consultation yang diberikan kepada
client anda.

Secara ringkasnya, perkara yang perlu anda lakukan
adalah :

1. Kenali kemahiran dan kepakaran anda
2. Catatkan idea - idea anda
3. Buat survey menerusi Forum, Search Volume
4. Cari rujukan tambahan untuk membesarkan skop idea anda
5. Cari rakan (Joint Venture) jika perlu
6. Sediakan bahan - bahan yang diperlukan
7. Mula untuk mencipta produk ebook sendiri
8. Berikan review kepada rakan dan juga pakar
9. Setup laman web dan promosikan

Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang cara menulis ebook,
anda boleh cuba dapatkan panduan daripada pakar pemasaran
internet malaysia iaitu saudara Sham menerusi :
klik

Semoga penerangan ringkas ini dapat membantu anda..

Berjumpa lagi kita di lain masa.

Ikhlas,
Mohd Amirol-WebMaster

TeknikNiche

Salam sejahtera ,

Apa khabar?

Maafkan saya kerana tidak membawa sebarang
perkembangan terkini berkaitan TeknikNiche
yang diwar-warkan akan dilancarkan pada bulan
Disember ini. Ini kerana saya masih lagi dalam
usaha mendapatkan akses Internet di kolej
kediaman saya di universiti swasta di Bangi
ini.

Namun, berita baik disini, semua produk-produk
akhir telah disiapkan, dan saya menunggu tarikh
yang sesuai untuk dilancarkan.

InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar seperti
yang dirancangkan, pakej TeknikNiche saya akan
dilancarkan pada Isnin 10 Disember nanti.
Anda tidak perlu risau kerana saya
akan maklumkan sekali lagi tarikh pelancaran
sebenar pakej TeknikNiche saya nanti.

Dan sebagai VIP List TeknikNiche, anda
akan mendapat diskaun sebanyak RM 10 untuk pakej
TeknikNiche (personal use) dan juga RM20 untuk
pakej reseller TeknikNiche. Kod untuk diskaun akan
saya berikan pada emel pengumuan sekali lagi nanti.

Baiklah, mungkin anda tertanya-tanya berapakah
harga sebenar pakej TeknikNiche ini, saya tidak
akan memberitahunya sekarang namun apa yang anda
akan pelajari dari panduan TeknikNiche saya adalah:

* Dua cara UTAMA untuk menentukan pasaran niche anda.

* Soalan-soalan yang mesti anda tanya pada diri
sendiri untuk membongkar niche anda yang sebenar!

* Tiga senarai kritikal yang anda perlu lakukan supaya
niche anda benar-benar memberi pulangan kewangan yang
hebat kepada anda!

* Empat sumber percuma yang anda boleh gunakan untuk
mendapatkan idea niche anda!

* Satu sumber percuma untuk mendapatkan idea niche anda.
Hint: Transaksi jual beli disitu mencecah USD 1, 839
untuk setiap saat!

* Satu sumber rahsia yang akan memberikan anda idea
niche setiap hari terus ke kotak emel anda!

* Satu sumber percuma bagaimana anda boleh mendapat
cadangan niche yang mudah dengan hanya menaip beberapa
patah perkataan sahaja.

* Dan banyak lagi...

Baiklah, cukup untuk setakat ini ,
nantikan emel saya yang seterusnya untuk perkembangan
pelancaran TeknikNiche ini dalam masa yang terdekat
ini.

Sehingga bertemu lagi,

Demi kejayaan (dan kekayaan) online anda,

Amirul Faisyal
TeknikNiche.com

Juga pengasas,
SistemRahsia.com
Apa khabar?

Saya mendoakan anda sentiasa sihat - sihat
sejahtera selalu.

Pada email minggu lepas, saya ada menceritakan tentang Rahsia
Buat Duit Percuma melalui Program Affiliate. Adakah anda
masih ingat lagi?

Baiklah, kali ini saya akan menceritakan pula bagaimana untuk
mencari produk yang sangat menguntungkan untuk dijual menerusi
internet.

Sebelum itu untuk pengetahuan anda, di internet kita
boleh menjual 2 jenis produk iaitu :

1. Produk Fizikal (seperti baju, kasut, telefon dan sebagainya)
2. Produk Digital (ebook, software, script, template dan lain lain)

Produk yang sangat menguntungkan untuk dijual adalah produk
digital. Keuntungan yang bakal diperolehi bukan sahaja 100%,
malah anda boleh mencapai keuntungan berlipat kali ganda kerana
modal anda untuk memiliki produk digital ini adalah sekali,
tetapi keuntungannya berkali - kali. :-)

Mengapa pula untung berkali - kali? Ini adalah kerana produk
digital tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok tetapi ianya
boleh diduplikasikan untuk setiap kali penjualan.

Sebagai contoh, anda bermodalkan RM50.00 untuk mendapatkan produk
digital yang mempunyai LESEN JUAL SEMULA seperti Master Resell
Right, Resell Right, Private Label atau Rebranding Right.

Dengan modal RM50.00 ini serta LESEN yang diberi, anda boleh
menjual semula produk digital yang dibeli kepada pihak lain
dengan harga yang sama. Jika 10 orang yang membeli produk ini
daripada anda, maka anda sudah mendapat RM500.00! Keuntungan
anda pula adalah sebanyak RM450.00!

Menarik bukan?

Secara ringkasnya, untuk menjual produk digital MILIK orang
lain, anda perlu memahami lesen jual semula yang diberi. Dibawah
ini saya berikan penerangan ringkas berkaitan Lesen Jual Semula.

1. MASTER RESELL RIGHT (MRR)
Jika anda diberikan Lesen ini, maka anda boleh menjual produk
tersebut mengikut harga yang anda ingin tetapkan (atau harga
yang telah disyorkan oleh pemilik produk). Anda juga LAYAK
memberikan HAK LESEN RESELL RIGHT kepada pembeli - pembeli
anda.

2. RESELL RIGHT (RR)
Jika anda diberikan Lesen ini, anda boleh menjual produk tersebut
mengikut harga yang anda ingini atau harga yang telah ditetapkan
oleh pemilik produk. NAMUN, anda tidak layak memberi lesen ini
kepada orang lain. Anda hanya boleh menjual sahaja produk ini.
Pembeli anda tidak akan mendapat hak untuk menjual semula produk
ini. Pembelian yang mereka lakukan hanyalah untuk kegunaan sendiri
sahaja.

3. Private Label Right (PLR)
Ini adalah lesen yang paling SYOK dan paling BEST! Mengapa?
Dengan memiliki lesen ini, produk yang dibeli boleh menjadi
seperti produk anda 100% ! Anda akan diberikan sumber asal
produk tersebut. Sebagai contoh ebook... Anda akan diberikan
document asal ebook tersebut. Maka anda boleh melakukan editing,
mengubah suai ebook dan kemudian menjadikan hak milik anda!
Anda boleh menjual ebook ini dan memberikan Lesen Sama ada
MRR atau RR kepada pembeli anda. ;)

4. Rebranding Right
Rebranding right pula adalah umpama PLR cuma lebih ketat sahaja.
Anda diberikan ebook serta software untuk rebrandingkan ebook
tersebut. Anda tidak boleh mengubah isikandungan ebook kecuali
link - link affiliate dan nama anda.

Kebiasaannya, produk - produk yang mempunyai lesen seperti yang
dinyatakan adalah dikeluarkan oleh laman web membership.

Jika anda benar - benar berminat, saya amat mengesyorkan anda
untuk mendapatkan produk daripada laman web www.profitmembership.com

Jadi, bagaimana? Sudahkah anda faham serba ringkas penerangan
yang saya berikan? Saya harap anda faham lah yer?

Jangan lupa untuk mendapatkan Pakej Web Jualan saya untuk
memulakan Perniagaan Internet anda. Dengan menjadi pembeli saya,
anda akan mendapat LEBIH manfaat di masa - masa akan datang.

Layari ke www.webjualan.com ya? (Jika anda sudah menjadi pembeli
saya, TAHNIAH saya ucapkan!)


Sekian dahulu buat kali ini,

Ikhlas,
Mohd Amirol
WebMaster of
www.WebJualan.com

kedudukan ads

Apa Khabar

Hari ini saya akan berikan satu tips berguna untuk anda dalam permainan Google Adsense. Kenapa permainanan? Sebab kita kene sentiasa try and error.

Saya banyak membuat experiment tentang kedudukan ini. Di dalam ebook saya ada tulis tentang kedudukan yang terbaik secara bergambar.

Kedudukan terbaik adalah di tengah tengah dengan ads bersaiz 336x280. Anda boleh juga letak bersama artikel yang anda tulis. Orang akan menyangka ia adalah sebahagian dari artikel anda.

Yang lain adalah ads link pada bahagian atas.Jadikan ia seolah olah seperti link navigation site anda.

Jika anda tidak faham sila dapatkan ebook Raja Adsense. Anda akan mendapat gambaran sebenar apa yang saya katakan.

Selamat belajar!

p/s: Saya ada ebook lain iaitu http://www.penulisebook.com . Ia adalah tentang bagaimana memulakan perniagaan ebook anda sendiri.

Sham
http://www.rajaadsense.com

FTP

Salam sejahtera ,

Hari ini saya ingin berkongsikan satu ebook yang amat menarik dengan anda. Adakah anda tahu tentang apa itu FTP? FTP merupakan kaedah bagaimana kita menguruskan fail-fail di server/hosting. Ia amat berkait rapat dengan bagaimana menguruskan fail laman web di hosting.

Jika anda inginkan penerangan lanjut tentang ini, anda boleh melawat laman web http://www.buatwebsendiri.com/ftp

Nanti dulu ,
Jika anda ingin mendapatkan ebook FTP, anda juga akan diberikan hak jualan untuk ebook ini. Hak ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Untuk makluman anda, kami akan berikan sistem serta laman web jualan untuk pakej hak jualan ini (Reseller right). Segala langkah setup laman web jualan ini, turut disertakan untuk panduan anda. Berani saya yakinkan anda, bahawa 10 minit sahaja diperlukan untuk setup laman web jualan anda. Sistem jualan telah tersiap sedia, anda hanya perlu tukar nama dan no akaun bank anda sahaja di satu file dalam sistem yang akan anda perolehi nanti. Mudah kan?

Anda boleh menjual ebook ini mengikut harga yang anda tentukan sendiri. Menarik kan? Dan anda boleh menjualnya berkali-kali, tiada had limit. Hingga infiniti pendapatan anda boleh nikmatii....

Ringkasan tentang ebook ini ada dinyatakan di blog , http://www.buatwebsendiri.com/webtips

, Jangan tunggu lagi, walaupun ebook ini telah dilancarkan , sudah ramai yang memilikinya. Untuk info yang lebih lanjut, sila lawat laman web ini http://www.buatwebsendiri.com/ftp

Terima kasih kerana sudi memberi sedikit masa untuk membaca email ini. Sekian daripada saya, dan jumpa lagi.

Best Regards,
Ahmad Shariff
www.buatwebsendiri.com/webtips

Interview dalam English

Interview dalam English


Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : "Daud..."

Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua
saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di
Perlis... Nenek dan
Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak
saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : "Yes .. sir ... "

Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "

Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all
living in Malaysia"


Mana Satu


"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika
mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan
Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan
tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa
melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya
adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya.
Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya
adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong
itu segera bertanya


"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk
menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya
'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya
'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul',
tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar
belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar',
orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau
yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang
dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?"
tanya Pelancong lagi..


Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"
Salah Paham


Dollah saorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar.
Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sabagai
"Production Operator" di-sebuah kilang elektronik Amerika.
Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.

Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah
dalam bahasa Inggeris, "Good morning Dollah! How do you find this job? (
Bos nya tanya bagaimana
tentang kerja nya disitu)

Lalu Dollah menjawab "Oh I found this job in the news paper" ( Saya jumpa
kerja ini dalam surat kabar )

Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.